Skip to main content

LAPORAN Q&A GARIS PANDUAN LAYANAN CUKAI KE ATAS TRANSAKSI MATA WANG DIGITAL MALAYSIA. BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

 

Pada 22 September 2022 , Sekolah Kripto telah mengadakan sesi taklimat secara atas talian berkaitan percukaian asset kripto bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri. Salinan sesi tersebut boleh dilayari di :

https://www.youtube.com/watch?v=8OFndgv3Zz4

 

Berikut adalah 

TRANSKRIP Q&A GARIS PANDUAN LAYANAN CUKAI KE ATAS TRANSAKSI MATA WANG DIGITAL MALAYSIA. BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

1.       Syafiq Junonots 02:55 PM

apa rancangan LHDN dalam sistem pembayaran cukai dalam dunia asset crypto? adakah LHDN bakal mewujudkan channel atau medium pembayaran cukai menggunakan asset crypto? seperti pembayaran cukai dalam asset crypto yang telah legal seperti XRP, bitcoin, etc..

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:02 PM

Buat masa sekarang, pihak LHDNM tidak menyediakan pembayaran cukai melalui aset kripto. Perkara ini melibatkan keputusan di pihak pembuat polisi.

 

2.       Anonymous Attendee 03:09 PM

Soalan: Adakah DAX berdaftar SC ada kongsikan rekod transaksi pelanggan dengan LHDN secara automatik atau boleh diarahkan untuk sediakan laporan sedemikian secara selektif atau semuanya?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:13 PM

Pihak LHDNM mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat berkaitan transaksi tertentu di bawah Seksyen 80, ACP 1967.

 

3.       Anonymous Attendee 03:12 PM

How to determine transaction frequency? Daily/Weekly/Monthy?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:15 PM

Any transaction frequency must be consider based on the badges of trade in the Guideline to determine its taxability.

 

4.       Ross Stephenson 03:13 PM

Bagaimanakan cukai dikenakan jika profit saya tidak dikelurakan dalam RM. Contohnya saya buat trading untuk bulan Januari dalam kripto BTC. Saya profit RM 10,000 dalam BTC tetapi saya tak keluarkan dalam RM manakala saya simpan dalam BTC dan guna untuk trading lagi dalam bulan Februari. Adakah profit dari bulan Januari dikenakan cukai walaupun tak dikeluarkan dalam RM?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:16 PM

Keuntungan yang terakru layak dikenakan cukai.

 

5.       Anonymous Attendee 03:18 PM

Adakah cukai aset digital ini dikenakan kepada perdagangan di DAX tempatan yang sah seperti di Luno, atau ia termasuk juga di exchange asing yang tidak sah di Malaysia seperti Binance, Huobi?

MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:21 PM

Pendapatan yang layak dikenakan cukai adalah termasuk pendapatan yang dihasilkan daripada perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa.

 

6.       Ross Stephenson 03:22 PM

Jika saya dapat gaji dalam Bitcoin tetapi nilai Bitcoin itu jatuh teruk bulan seterusnya. Apakah nilai yang perlu saya declare ke LHDN sebagai gaji saya?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:25 PM

Pendapatan penggajian perlu dilaporkan berdasarkan nilai saksama pada tarikh transaksi (tarikh gaji diterima)

 

7.       Anonymous Attendee 03:23 PM

Apakah definasi "jangka masa panjang" untuk pelaburan bersifat Modal?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:29 PM

Tiada satu definisi khusus dan keputusan adalah berdasarkan case to case basis.

 

8.       Anonymous Attendee 03:24 PM

Adakah membuat "portfolio rebalancing" sekali sebulan dikira perdagangan aktif? Mungkin juga seminggu sekali?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:27 PM

Aktiviti rebalancing perlu disemak berdasarkan fakta dan kes sebenar bagi menentukan status kebolehcukaian.

 

9.       Ross Stephenson 03:24 PM

Apakah software/program yang LHDN boleh recommend supaya lebih senang untuk buat kiraan cukai tentang kripto?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:30 PM

Pihak LHDNM tiada sebarang komen berkenaan perkara ini.

 

10.   Anonymous Attendee 03:25 PM

Adakah jangka minimum untuk definasi "jangka masa panjang"?

MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:31 PM

Tiada sebarang definisi khusus. Ianya bergantung kepada fakta kes.

 

11.   Ross Stephenson 03:28 PM

Apakah garis panduan tentang MASA kita pegang aset kripto dan ia digelar sebagai 'pelaburan' atau hasil? Contoh jika saya pegang dan jual kripto BTC dalam 1 bulan ke, 6 bulan, 1 tahun? Adakah jangka masa ini ditetapkan atau secara subjektif apabila nak gelar sifatnya  modal/hasil?

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:40 PM

Tiada tempoh yang khusus bagi penentuan pendapatan modal/hasil. Fakta kes perlu dilihat secara keseluruhan.

 

12.   Anonymous Attendee 03:32 PM

Para 3.2.2.3 states that airdrops (pengedaran token) are not taxable if gains are not revenue in nature. However, are we required to declare this gain if it is of high value?

i.e. Bored Ape Yacht Club's ApeCoin was airdropped to people at a value of around $USD100,000

DATO’ MOHD SHAHFIZAN SALLEH 03:37 PM

If not revenue in nature no declaration required. But it is advisable to keep all documents for verifcation during audit.

 

Comments